Saturday, August 14, 2010

chelsea ikat ramires

LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea menyempurnakan acara menandatangani kontrak dengan pemain tengah Brazil, Ramires dari Benfica kelmarin, dengan nilai perpindahan yang dianggarkan mencecah 17 juta pound (RM81.6 juta).

Pemain 23 tahun itu menyertai kelab Stamford Bridge dengan kontrak empat tahun selepas mendapat permit kerja dan melepasi pemeriksaan kesihatan. Bekas pemain Cruzeiro itu bagaimanapun tidak sempat beraksi pada perlawanan pembukaan menentang West Brom malam tadi.

“Setiap pemain di dunia pasti gembira dapat mewakili Chelsea dan peluang hebat ini terhidang buat saya, saya akan melakukan yang terbaik untuk membalasnya,” kata Ramires dalam satu kenyataan di laman rasmi kelab, www.chelseafc.com.

Bos Blues, Carlo Ancelotti berkata: “Dia adalah pemain tengah hebat, masih muda dan bakal menjadi tonggak utama skuad kebangsaan Brazil suatu hari nanti. Saya juga berharap dia akan menjadi tonggak masa depan Chelsea.”

Dalam pada itu, Ancelotti berkata dia tidak tahu menahu mengenai rungutan kelab Brazil, Santos berkenaan usaha Chelsea memburu penyerang remaja, Neymar.
“Saya tidak tahu apa-apa. Neymar pemain hebat tetapi dia bukan milik Chelsea,” katanya.

subjek 4 exam!! 7 hari lagi....

SEMESTER 3
Pengajian Al-Quran III

Bahasa Arab III

Bahasa Inggeris III

Komunikasi Dakwah

Usul Fiqh

Methodologi Al-Quran

Fiqh Munakahat

Akidah III

Elektif Kemahiran

Chelsea 6-0 West Bromwich Albion

Champions Chelsea started this season the same way they finished the last, with a resounding home win.


Didier Drogba's hat-trick sent double winners Chelsea straight to the top of the Barclays Premier League after thrashing new boys West Brom 6-0 at Stamford Bridge.

Florent Malouda set Chelsea on their way after only six minutes, with Drogba's free-kick making it 2-0 on the stroke of half-time.

It was more one-way traffic after the restart as the Ivory Coast striker netted from close range with Frank Lampard then making it four. Drogba's deflected effort and a last-minute strike from Malouda sealed an emphatic win for the champions.
For an in-depth match report, click here.

biggest cobra in the world in saudi arabia

9 Facts About Smoking

Fact 1

According to the Malaysian Council for Tobacco Control (2005), 25% of all deaths in Malaysia are due to cigarettes smoking, with smoking-related deaths comprising three out of five top killers in Malaysia.

Fact 2

The total number of smokers increased slightly from 2001 to 2007, with 49.87% of males being smokers in
2007, although there was a drop in female smokers between 2006 and 2007 from 18.88% to 18.26%. (1)

Fact 3

A twenty-a-day smoker, aged 30, who started smoking at around 16 has already breathed a kilo of tar into their lungs.

Fact 4

Tobacco smoke contains over 4,000 chemicals, many of which are highly toxic and over 40 of which are known to cause cancer. There is no safe 'low tar' cigarette and no safe level of smoking.

Fact 5

Male smokers may produce less sperm and their sperm may have more abnormalities than non-smokers. Women who smoke are more likely to have a miscarriage (2). Several studies have found that women who smoke have decreased fertility. Of these, one study has found that smokers have about 72% of the fertility of non-smokers (3).

Fact 6

A smoker is 10 times more likely to develop lung cancer. Heavy smokers are 15 to 25 times more at risk than non-smokers (4). 85% of all male cases and 77% of female cases of lung cancer are related to smoking (5).

Fact 7

Smoking reduces life expectancy by 7 - 8 years. That means, each cigarette shortens the life of the smoker by around 8 minutes.

Fact 8

Women smokers who use the pill increase their risk of a heart attack, stroke, and other cardiovascular diseases by about ten times (6).

Fact 9

Over 57, 000 reports worldwide have examined the link between cigarette smoking and disease, making it the most researched cause of disease ever investigated in the history of Biomedical Research (7).

puas..puasa..puasa...puasa...

berbuka puasa apa hari ni? harap jangan berlebihan, takut KG nanti bukan menurun tapi menaik

Dibulan ramadhan yang penuh kerbekatan ni, ada beberapa amalan yang perlu diamalkan untuk mendapat keberkatan di bulan ramadhan .Diantaranya

1. Bersahur-Lewatkan bersahur, dan pastikan bersahur setiap hari,bagi kaum hawa yang bercuti
pun digalakan bersahur, untuk mendapatkan keberkatan di bulan ramadhan.

2. sebelum waktu berbuka,adalah masa terbaik untuk berdoa, di mana pada masa itu doa kita tidak akan di tolak oleh allah taala,jadi peruntukan 10 minit sebelum berbuka untuk berdoa, amalkan sepanjang bulan ramadhan.

3. berbuka sebaik sahaja masuk waktu,jangan lewatkan berbuka puasa.

4. berbuka dengan beberapa biji tamar dan segelas air masak,kemudian tunaikan solat maghrib terlebih dahulu, selepas solat boleh la ambil juadah yang lain.

Insyaallah, semoga bulan ramadhan akan datang memberi keberkatan kepada kita samada di dunia atau pun di akhirat.

Semoga Ramadan kali ini memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam.

Dan pesanan yang terakhir,jangan membazir ketika membeli juadah berbuka,lagipun tak elok bagi mereka yang berdiet dengan jusmate5. Membazir tu amalan syaitan.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN BULAN JIHAD

TURUNNYA AL-QURAN

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.....) Al-Baqarah - 185

BADAR AL-KUBRA

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah ( dan yang satu lagi dari golongan kafir. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). [ Aali Imran : 13 ]

HANYA SATU PILIHAN PERJUANGAN
Dua golongan itu ialah golongan Islam dan golongan kafir Makkah yang bertembung dalam perang Badar.
Golongan mukmin berjuang di jalan ALlah فِي سَبِيلِ اللَّهِ manakala golongan kafir berjuang di jalan Toghut. فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِفَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (an-Nisa’ 76)

Sebenarnya ALlah telah memberi pertolongan kepada golongan Islam dengan menurunkan 1000 para Malaikat yang turut sama berperang di pihak Islam. Firman ALlah,
وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). [Aali Imran : 123]

Ayat di atas mengajar kita bahawa KEKUATAN القوة bukanlah semata-mata bergantung kepada benda dan KEMENANGAN النصر bukanlah semata-mata kerana ramainya orang TETAPI kerana PERTOLONGAN معونة dan sokongan daripada ALlah. ALlah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 160,

إِنْ يَنْصُرْكُمْ اللَّهُ فَلا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلْ الْمُؤْمِنُونَ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

UJIAN DAN HALANGAN DALAM BERJIHAD

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [ Aali Imran : 14 ]


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [alBaqarah : 155 ]

Semua yang tersebut akan memberi faedah atau membawa padah kepada manusia di akhirat nanti. Ianya bergantung sejauhmana mereka mengikut batas ketentuan ALlah.

GANJARAN BAGI YANG BERJIHAD

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
[ Aali Imran : 15-17 ]

Mereka akan mendapat ganjaran/nikmat yang bersifat kekal abadi buat selama-lamanya iaitu: Jasmani (a & b) dan Rohani.
a- Syurga yang kekal abadi . مما لاعين رأت ولا أذن سمعت ولاخطر على قلب بشر
b- Isteri-Isteri yang suci bersih samada zohir atau batin.
c- Keredhaan daripada ALlah. ورضوان من الله أكبر [atTaubah 72]

Sifat hamba-hamba ALlah yang muttaqin yang layak menduduki syurga ALlah ialah :
A– Yang berikrar dengan iman dan berdoa فَاغْفِرْ لَنَا - Berdoa supaya diampunkan dosa dengan limpah rahmat ALlah dan diselamatkan daripada api neraka di atas segala kecuaian.
B – Orang Yang Sabar kerana 1- Mentaati suruhan ALlah, 2- Meninggalkan larangan ALlah
dan 3- Menghadapi segala bala dan bencana.
C- Orang Yang Benar iaitu benar dalam keimanan, niat, percakapan dan amal perbuatan.
D- Orang Yang Patuh-Taat iaitu ketundukan, ketaatan dan kekusyukan untuk selama-
lamanya kepada ALlah.
E- Orang Yang Menginfaq Harta iaitu membelanjakan harta di jalan ALlah termasuklah
menafkah/berbelanja harta untuk anak isteri, kerabat, faqir, miskin dan lain-lain.
F- Orang Yang Minta Ampun di akhir Malam : dengan bersolat atau beristighfar.

وفى الصحيحين وغيرهما أن رسول الله (ص) قال: (( ينزل الله تبارك وتعالى في كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الأخير فيقول : هل من سائل فأعطيه ؟ هل من مستغفر فأغفر له ؟ ))

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنْ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (as-Sajadah : 16)


KEMENANGAN GOLONGAN ISLAM

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
والله أعلم
uye170904

the new era of sri kelana begins!!

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN- BULAN MUHASABAH DIRI

Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa
membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor
pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran.
Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat
beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima
berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika
amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran &
Sunnah).

Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap
tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur
dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh
mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat
dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul'
setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan
rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini
merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus
pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya
dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah
syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan
'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan
manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan
terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung
masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan
musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk
memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas,
kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak
memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta
pertolongan.

Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan.
Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga
dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar
dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam
diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang
menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga
dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari
mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong
manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau
diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak
langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula
dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan
pintu neraka.

Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi
segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi
sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan
bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya.
Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka
peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan
kecapi kelazatannya sama sekali.

Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh
Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan
amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji
ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa
dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.

Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan
tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan
makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah
dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam
menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan
puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa
berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita
melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa
pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh
sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat
apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir
dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan
kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa
berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat
Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani
melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan
dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang
kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak
ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia
perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita
sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan.
Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan
lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini
mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita
diterima oleh Allah.

Saturday, August 7, 2010

our sensei- euki natsumi sensei

last class




EPM 302


Bila islam ditinggalkan...

Raihan-harapan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

ramadhan al-mubarak tiba lagi



semoga ia membawa seribu erti kepada kita semua..insyaAllah

pastri oh pastri





sushi...made in ikmas..





















sushi time!!! (EPM 302)