berbuka puasa apa hari ni? harap jangan berlebihan, takut KG nanti bukan menurun tapi menaik
Dibulan ramadhan yang penuh kerbekatan ni, ada beberapa amalan yang perlu diamalkan untuk mendapat keberkatan di bulan ramadhan .Diantaranya
1. Bersahur-Lewatkan bersahur, dan pastikan bersahur setiap hari,bagi kaum hawa yang bercuti
pun digalakan bersahur, untuk mendapatkan keberkatan di bulan ramadhan.
2. sebelum waktu berbuka,adalah masa terbaik untuk berdoa, di mana pada masa itu doa kita tidak akan di tolak oleh allah taala,jadi peruntukan 10 minit sebelum berbuka untuk berdoa, amalkan sepanjang bulan ramadhan.
3. berbuka sebaik sahaja masuk waktu,jangan lewatkan berbuka puasa.
4. berbuka dengan beberapa biji tamar dan segelas air masak,kemudian tunaikan solat maghrib terlebih dahulu, selepas solat boleh la ambil juadah yang lain.
Insyaallah, semoga bulan ramadhan akan datang memberi keberkatan kepada kita samada di dunia atau pun di akhirat.
Semoga Ramadan kali ini memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam.
Dan pesanan yang terakhir,jangan membazir ketika membeli juadah berbuka,lagipun tak elok bagi mereka yang berdiet dengan jusmate5. Membazir tu amalan syaitan.
No comments:
Post a Comment